
Kenapa Baiki Aircond Kereta Myvi boleh habis beribu-ribu
January 30, 2020
Tips Supaya Aircond Kereta Sentiasa Sejuk Dan Tahan Lama
January 30, 2020Kali ni seorang customer kami dari Kuala Ibai mengadu aircond kereta Toyota Vellfire tak sejuk langsung. Kami mintak dia bawak ke bengkel kami untuk pemeriksaan.

Untuk model kenderaan MPV macam Vellfire ni sistem aircond agak rumit sebab MPV menggunakan sistem aircond double blower.
Double blower bermaksud sistem aircond menggunakan sepasang cooling coil dan motor blower di bahagian hadapan, sepasang lagi di bahagian belakang untuk menyejukkan kereta. Dengan adanya sistem double blower ni barulah penumpang yang duduk di seat bahagian belakang akan rasa sejuk dan selesa.

Lepas kami periksa dengan teliti kami dapati gas dalam sistem sangat kurang. Gas kurang terjadi biasanya kerana ada kebocoran dekat mana-mana komponen aircond.
Kalau terjadi gas aircond kurang ni, biasanya pelanggan akan memilih untuk topup gas kerana aircond akan kembali sejuk dan kos keluar pun tak banyak. Tapi ramai tak tahu amalan topup gas ni akan menyusahkan anda di kemudian hari. Nanti saya ceritakan berkenaan “topup gas” dalam entri yang lain.
Untuk Vellfire ni kami nasihatkan owner untuk buka dashboard dan keluarkan cooling coil bahagian depan. Lepas di keluarkan dan di test ternyata cooling coil sudah bocor.
Kami kongsikan video cooling coil bocor kat bawah.
Jalan penyelesaian untuk masalah ini ialah kena tukar seketul cooling coil yang original. Untuk kerja-kerja kali ni kami bagi warranty selama setahun dan free flushing selepas 3 bulan @ 10,000 km.