
Aircond Kereta Tidak Sejuk Bila Berhenti di Traffic Light?
January 28, 2020
Toyota Vellfire – Cooling coil Bocor
January 30, 2020Semua orang terkejut bila kami beritahu harga untuk baiki aircond kereta myvi mencecah ribu-ribu. Padahal kalau ikutkan logik kereta lama dan banyak dipakai di seluruh Malaysia sepatutnya kos untuk repair dan tukar sparepart adalah lebih rendah berbanding kereta lain.
Sabar yer …
Kalau anda pemilik kereta Myvi kami minta anda luangkan sedikit masa untuk baca penerangan kami.
Sebenarnya bukan semua model Myvi yang mengalami masalah seperti ni.

Kebiasaannya model Myvi lama yang keluar sebelum tahun 2011 mengalami simptom minyak compressor hitam dan menjahanamkan keseluruhan sistem aircond.
Sebenarnya betul, kos untuk baiki Myvi adalah lebih kurang sama sahaja dengan kereta lain, cuma bila terjadi sistem hitam mekanik terpaksa mengganti kesemua komponen yang terjejas sekaligus.
Sekarang anda tengok gambar compressor Myvi kami tunjuk kat bawah ni.

Ini ialah compressor jenis rotary buatan Denso yang dipakai oleh Myvi model lama. Minyak hitam seperti yang kami tunjuk di atas pada asalnya berwarna putih jernih. Bila dah hitam macam kat atas tak ada cara lagi untuk baiki, mesti kena tukar.
Bermula tahun 2011 Perodua dah upgrade sistem aircond untuk model-model Myvi Lagi Best. Jadi pengguna-pengguna Myvi Lagi Best boleh tarik nafas lega, cuma adalah lebih baik buat servis berkala untuk jaga sistem aircond supaya sentiasa dalam keadaan baik.
Kalau sistem dah hitam, apa lagi kena tukar selain Compressor ???
1. Cooling coil : Komponen ni dia duduk kat bawah dasboard kereta anda. Biasa kami kena buka dashboard untuk keluarkan coil ni.

2. Condenser & Filter Drier : Komponen ni duduk dekat depan tangki radiator. Daripada depan kereta dah boleh nampak. Condenser ni akan datang sekali dengan Filter Drier kat sebelah dia.

3. Paip-paip : Ada 3 batang paip yang kena tukar. Maaf kami sempat ambik gambar sebatang jer. Lagi dua batang cina besi buruk dah ambik.

4. Expansion valve : Expansion valve ni kalau kita tengok memang dah hitam kat bahagian dalam. Valve sangat mudah tersumbat bila sistem aircond kotor.

5. Pressure switch : Komponen ni adalah sejenis sensor untuk melindungi sistem daripada tekanan gas yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.

6. Cabin Filter : Yang ni semua orang dah tahu. Tujuan untuk melindungi cooling coil daripada kotoran dan habuk.

Semua barang-barang yang kena tukar kat atas dan masa yang di ambil untuk buat kerja-kerja pembaikan menyebabkan kos untuk baiki Myvi jadi tinggi. Garu kepala abang-abang mekanik bila customer mintok muroh sebab memang kos dah sedia ada mahal.
Lepas ni jangan pulok kata abang pomen menipu bila dia cakap mahal. Harap info yang kami bagi ni berguna untuk anda semua.
Nanti ada masa kami update lagi berkenaan aircond kereta. Terima kasih kerana sudi membaca yer