
Masalah Aircond Toyota Altis
January 28, 2020
Karpet Dalam Kereta Basah. Apa sebabnya?
January 28, 2020Salam kepada semua pembaca, entri kali ni agak panjang sikit sebab ada beberapa perkara teknikal yang perlu diterangkan berkaitan timing enjin dan aircond kereta.
Baru-baru ni kami terima kunjungan seorang pelanggan dengan kereta Perodua Alza beliau. Aircond memang tak sejuk, apabila kami periksa secara keseluruhan kami dapati compressor sudah rosak dan perlu diganti yang baru.
Proses mengganti compressor dan servis keseluruhan memakan masa hampir 3 jam.

Dipendekkan cerita proses servis dan menukar compressor berhasil dengan jayanya. Aircond kembali sejuk macam kereta baru.
Selang sehari, tuan kereta menghubungi kami aircond kereta dah tak sejuk balik. Bukan itu saja, enjin pun terasa semput bila berjalan. Memang pelik sebab sebelum tukar compressor tiada masalah seumpama ini terjadi.
Video di bawah ni kiriman pelanggan kami. Bila aircond dibuka enjin tiba-tiba jadi ‘gila’ dan lampu Check Engine Light terus menyala.
Kami minta dia hantar balik kereta ke bengkel kami untuk diperiksa. Apabila berlaku lambang Check Engine Light keluar, kita perlu menjalankan ujan menggunakan scanner khas. Dengan menggunakan scanner kami dapat mengenalpasti masalah sebenar. Di bawah ni report yang ditunjukkan oleh scanner kami.

Error code P0302 iaitu Missing Cylinder No 2 ni menunjukkan piston no 2 enjin tidak berfungsi. Bermakna Enjin sekarang hanya berfungsi dengan 3 piston. Apabila enjin tidak berfungsi dengan sempurna, voltage untuk menghidupkan Magnetic Clutch Compressor berkemungkinan tidak mencapai 12V. Inilah penyebabnya aircond kereta tidak sejuk macam yang sepatutnya.
Solusi untuk masalah ini adalah kami perlu mengganti bahagian Ignition System yang telah rosak. Perkara yang paling utama untuk diperiksa adalah coil plug.

Gambar diatas ni adalah coil plug no 2 yang telah dibuka. Coil plug ni kelihatan agak haus berbanding yang lain. Dan memang sah inilah dia masalah sebenar yang menyebabkan enjin semput tadi. Untuk mereka yang selalu membasuh enjin kereta, coil plug rosak ni perkara yang biasa terjadi apabila air memasuki ruang dalam enjin.
Selepas mengenalpasti masalah, kami bagitau Tuan kereta solusi untuk masalah sekarang ialah menukar Coil Plug yang baru. Alang-alang tu kami buka dan tukar sekali ke empat-empat spark plug lama sebab nampak dah uzur sangat.

Ni gambar spark plug yang ditukar. Boleh nampak jelas beza yang baru dengan yang lama.

Selepas selesai proses menukar Coil plug dan Spark plug kami jalankan sedikit ujian untuk pastikan aircond berfungsi dengan baik. Alhamdulillah, aircond sejuk seperti biasa dan Tuan kereta pun berpuas hati sangat-sangat dengan hasil kerja kami.
Ok setakat ni saja celoteh kami buat kali ini. Kita jumpa lagi di entri yang seterusnya yer.
Boleh HUBUNGI kami kalau ada apa-apa pertanyaan.