Ini pesanan dari Dr Syed Badar Husain, pakar neurologi terkenal di Atlanta :
Penting untuk setiap pengguna Penghawa dingin kereta tahu perkara ini kerana ia berkait rapat dengan kesihatan tubuh badan anda. Biasa tertulis dalam manual kereta, kita dinasihatkan menurunkan tingkap bagi mengeluarkan udara panas sebelum menghidupkan aircond. Mengapa yer agaknya?
Kenapa perlu demikian?
Penjelasan beliau adalah seperti berikut.
Menurut kajian, semua objek plastik seperti dashboard kereta, kerusi, saluran aircond, membebaskan benzene apabila plastik-plastik ini dipanaskan.
Benzene adalah sejenis karsinogen penyebab kanser. Ia juga merupakan toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati anda. Toksik ini sangat sukar untuk dinyahkeluar daripada tubuh manusia.
Tahap benzene yang diterima hanyalah 50mg untuk setiap 1 kaki persegi kawasan tertutup.
Kereta yang diletakkan diluar rumah, di bawah cahaya matahari pada suhu 60 darjah fahreinheit akan menghasilkan 2000-4000 mg Benzene iaitu 20-40 kali ganda daripada tahap yang dibenarkan.
Manakala sebuah kereta yang diletakkan di dalam rumah, dengan tingkap-tingkap tertutup akan melepaskan 400-800 mg Benzene iaitu 8 kali tahap yang dibenarkan.
Orang yang masuk ke dalam kereta dengan tingkap tertutup, akhirnya akan menyedut berlebihan toksin benzene.
Benzene berlebihan dalam badan boleh membawa kepada kanser, meraun tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Pendedahan yang berpanjangan juga boleh menyebabkan risiko keguguran untuk wanita yang hamil.
Jadi para pembaca sekalian, sebelum anda masuk ke dalam kereta anda setiap hari, buka dulu tingkap dan pintu kereta anda selama beberapa minit untuk keluarkan udara beracun dalam kereta, lepastu barulah anda masuk kereta seperti biasa.