Pasti sudah ada pemilik Toyota Altis yang membeli kereta lebih kurang pada tahun 2013 atau 2014 mengalami masalah aircond tiba-tiba tak sejuk atau kadang-kadang sejuk.
Kat bawah ni saya kongsikan gambar kereta Toyota Altis tahun 2014 milik salah seorang pelanggan saya daripada Manir yang mengalami masalah serupa.
Setelah diperiksa menggunakan pressure Gauge, kami dapati compressor kereta langsung tak berjalan. Memang sepertimana yang kami agak, compressor ini sudah rosak.
Tapi apa yang menyebabkannya rosak, sedangkan Altis ni adalah kereta baru keluaran Toyota yang kita semua ketahui sangat tinggi dari segi kualiti. Ok jom tengok gambar compressor kat bawah ni.
Ini adalah model Control Valve compressor. Model compressor ni kebiasaanya kita jumpa dalam kereta-kereta jenis “Luxury” contohnya Mercedes, BMW, Estima dan Toyota Wish. Perhatikan soket elektronik dalam bulatan kat bawah.
Dalam bulatan merah tu kita panggil Control Valve yang berfungsi untuk menerima signal ON & OFF daripada Computer Box. Sepatutnya compressor akan terus Cut IN apabila signal diterima tapi sebaliknya yang berlaku.
Apabila keadaan ini berlaku itu tandanya Control Valve ini sudah rosak. Setakat ni, ada kawan-kawan bengkel yang dah cuba untuk tukar Control Valve sahaja tanpa menukar compressor. Tapi Control Valve yang sangat mahal ni hanya mampu bertahan selama 3 bulan.
Apabila kami rujuk Pusat Servis Toyota di Kuala Terengganu, hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah ini iaitu gantikan compressor yang baru. Setelah berbincang, Owner kereta setuju dengan cadangan kami. Dan Alhamdulillah aircond kereta kembali sejuk seperti sediakala.
Kalau anda alami masalah yang serupa jangan segan-segan terus jer HUBUNGI kami.