
Timing Enjin rendah, Aircond Tidak Sejuk?
January 28, 2020
Aircond Kereta Tidak Sejuk Bila Berhenti di Traffic Light?
January 28, 2020Kadang-kadang ada antara pelanggan kami yang mengadu karpet kereta basah. Tak tahu daripada mana datang air dekat lantai kereta tu. Hari tak hujan, tingkap pun tertutup rapat.
Jangan musykil sebab punca karpet basah ni adalah kerana cooling coil kereta dah terlalu kotor.
Cooling coil ni kotor kerana semua habuk yang disedut oleh motor blower sangkut dekat cooling coil. Cooling coil ni apabila kita bukak aircond cooling coil akan menjadi sejuk dan basah. Air akan tersejat dekat cooling coil dan menitis keluar melalui saluran paip buang.
Masalah terjadi apabila air yang menitis sekali dengan kotoran-kotoran melalui saluran paip ni lama-lama akan menyebabkan paip tersumbat.
Bila tersumbat air akan bertakung dan melimpah keluar ke karpet kereta. Jadi untuk selesaikan masalah ni mesti kena buka cooling coil dan cuci supaya masalah sama tak berulang.