
Aircond Kereta Berbunyi?
January 28, 2020
Masalah Aircond Toyota Altis
January 28, 2020Kali ini kami kongsikan kepada anda tentang salah seorang pelanggan kami dari Marang. Beliau datang kepada kami mengadu aircond kereta Mercedes CLK 200 miliknya kadang-kadang sejuk dan kadang-kadang panas.

Apabila di periksa tekanan Low Pressure dan High Pressure menggunakan pressure gauge, kami dapati masalah ini sangat aneh kerana bacaan yang ditunjukkan adalah normal. Sepatutnya aircond kereta ni tidak bermasalah langsung.
Jadi apa yang perlu dibuat dalam keadaan seperti ini?
Sebenarnya bacaan yang ditunjukkan oleh pressure gauge tidaklah “Accurate” macam yang kita sangka. Sebab itulah kedai aircond kereta sekarang sangat memerlukan mesin FLUSHING. Kat bawah ni mesin Flushing buatan Jerman yang banyak membantu kami terutama bila melibatkan kereta-kereta Continenal macam ni.

Apa yang perlu kami buat adalah sedut keluar semua gas aircond yang ada dalam sistem kereta dan periksa adakah kandungan gas cukup mengikut spec yang telah ditetapkan oleh pengeluar kereta.
Dalam kes ini, kami dapati separuh daripada gas asal dah hilang menyebabkan aircond tidak mencapai tahap kesejukan seperti asal. Dekat sini kami dah kenalpasti masalah yang berlaku adalah disebabkan kebocoran halus dalam sistem menyebabkan gas aircond keluar secara perlahan-lahan.
Kebiasaan kebocoran halus ni berpunca daripada paip aircond yang sudah rosak. Selepas paip discharge digantikan mesin akan menjalankan proses FLUSHING untuk membuang minyak compressor lama, segala kekotoran dan kelembapan di dalam sistem. Selepas itu minyak compressor bergred tinggi dan gas r134a baru yang tulen akan dimasukkan ke dalam sistem mengikut spesifikasi asal pengilang.

Selepas selesai semua proses, hasilnya sangat memberangsangkan. Aircond dah kembali sejuk macam baru mula-mula beli kereta. Alhamdulillah pelanggan sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kali ni.
Untuk para pembaca kalau ada masalah aircond kereta, jangan segan-segan HUBUNGI kami dan ajukan kepada kami apa masalah anda. InsyaAllah kami akan sedaya upaya menolong.