
Nasihat Pakar Neurologi Berkaitan Aircond Kereta
January 28, 2020
Aircond Kereta Berbunyi?
January 28, 2020AIRCOND KERETA DAH TAK SEJUK MACAM DULU
PERGI BENGKEL POMEN CAKAP KENA BUAT MAJOR SERVIS AIRCOND.
MAJOR SERVIS AIRCOND TU MACAM MANA YER?
MACAM NI HAAA …
Ni beberapa gambar kami kongsikan kepada anda macam mana kami buat major servis untuk aircond kereta anda. Dekat bawah dashboard kereta anda tu sebenarnya ada satu komponen aircond yang masih ramai belum kenal (dah masuk bengkel nanti InsyaAllah kenal) iaitu Cooling Coil.
Cooling coil ni adalah komponen yeng terdedah kepada kotoran dan habuk. Bila Cooling Coil dah terlalu kotor atau lebih teruk dah bocor, aircond kereta anda akan mula buat hal. Kebiasaannya anda akan rasa aircond dah kurang menyengat tak macam awal-awal kita guna kereta tu.
Agak-agaknya kotor macam mane yer Cooling Coil tu?
Tengok gambar yang kami bagi ni, pasti loya tekak anda melihatnya. Ni sebenarnya rupa Cooling Coil yang ada dalam kereta anda selepas bertahun-tahun anda guna aircond dan tak pernah langsung di servis.
Dan melalui Cooling Coil ni la angin sejuk ditiup oleh Motor blower sampai kepada anda. Anda pun menghirup udara sejuk aircond bersama dengan habuk, bakteria dan fungus yang anda tak nampak.
Punca utama Cooling Coil kotor adalah sebab benda ni.
Inilah Motor Blower yang menarik masuk habuk dan kotoran dalam kereta anda pergi ke Cooling Coil. Inilah punca utama yang anda perlu ambik perhatian. Mende ni mesti dicuci sekerap mungkin untuk pastikan Cooling Coil dapat bertahan lama.