Berape ribu orang doh melalui situasi seperti ni. Kereta bila berjalan aircond rase macam ok, tapi bila berhenti dekat traffic light atau lebih tepat lagi bila kereta dalam keadaan idling aircond terase dok sejuk atau lebih teruk panas macam dalam oven.
Apa punca berlaku situasi macam ni ???
Kebiasaan ada 3 kemungkinan yang menjadi punca kenapa bila kereta dalam idling aircond jadi problem. Saya cerita satu persatu supaya mudah untuk para pelanggan rujuk nanti.
1. Fan Motor (motor kipas) problem:-
Motor kipas ni kalau kita buka ruang compartment enjin memang terus nampak. Ada kereta menggunakan 2 jenis Fan Motor iaitu radiator fan dan aircond fan sebagai contoh Proton Wira. Ada juga yang hanya pakai satu Fan Motor contohnya Perodua Myvi.
Sekecil-kecil masalah seperti fuse putus atau relay rosak cukup untuk memberi masalah kepada Fan Motor. Dan tentu sekali Fan Motor sendiri pun berkemungkinan bermasalah kerana Fan Motor adalah sejenis part “Wear & Tear” maksudnya pakai buang sebab tak boleh di repair dah.
2. Gas aircond kurang:-
Bila gas aircond kurang, compressor tak dapat menyejukkan aircond kereta anda ketika anda berhenti di traffic light atau dalam keadaan idling. Sebaliknya bila kereta dalam keadaan bergerak, enjin akan mengepam compressor dengan lebih kuat. Sebab tu lagi laju anda bawa kereta lagi sejuk aircond anda rasa.
Tapi awas, gas akan keluar sampai laa tak ada langsung gas yang tinggal dalam sistem. Ketika ni aircond anda langsung tidak berfungsi.
Jom tengok contoh kebocoran gas yang berlaku dekat komponen cooling coil dan compressor.
Sebaiknya kalau ada kebocoran rujuk dengan mekanik aircond anda dan repair secepat mungkin.
3. Compressor loose power (Rosak)
Ini adalah kes paling teruk , bermakna poket anda akan bocor. Compressor adalah part paling mahal dalam sistem aircond. Compressor ni biasanya takkan rosak dalam tempoh setahun dua. Yang biasa terjadi anda dah pakai sampai 7,8,9 dan ada juga yang sampai 10 tahun tanpa servis langsung.
Dekat sini kami amat tekankan anda buat Servis Flushing paling kurang setahun sekali, barulaa compressor susah rosak.